Skip to content
Ramadan
Ramadan

Raikan Ramadan ini dengan lebih bermakna

Bersama kami menyediakan makanan dan persediaan

 Ramadan Musim Sejuk 

untuk saudara kita pelarian

 Palestin 

Sasaran sumbangan dan lokasi pengagihan

5

Buah Kem Pelarian Palestin di Lubnan

77k+

Penerima sumbangan

10+

Jenis sumbangan

4.5m

Ringgit Malaysia diperlukan

Jangan lepaskan peluang,

jom bantu saudara kita di Palestin

semperna bulan Ramadan yang mulia ini

Palestin This is our story

Ramadan

Sejak tertubuhnya negara haram Isrαel, penduduk Pαlestin tidak pernah satu hari pun hidup mereka tidak diganggu. Kehadiran berbondong-bondong yαhudi ke tanah Pαlestin daripada serata dunia sewaktu perang dunia pertama dan kedua, malah berpuluh tahun sebelum itu, diperakui dan ditaja oleh koloni barat dengan kepentingan tertentu.

 

Sehingga hari ini, terdapat lebih kurang 14.3 juta warga Pαlestin di seluruh dunia. Lebih kurang 3 juta di kem-kem pelarian di Jordan,Lubnan, dan Syriα, 2.17 juta lebih di Gαza, lebih kurang 3.19 juta di Tebing Barat, 1.7 juta di tanah jajahan 1948, dan selebihnya bertebaran di seluruh dunia, mencari kehidupan yang selesa. Negara di luar rantau Arab yang memiliki jumlah warga Pαlestin terbanyak ialah Chile dengan anggaran lebih kurang 500 ribu orang. (PCBS,2022)

 

Pada tahun 1948,1956,1967, mereka dihalau secara beramai-ramai daripada tanah air mereka di Pαlestin oleh Yαhudi Zionis yang rakus merampas tanah dan rumah orang Pαlestin untuk membina penempatan-penempatan yαhudi di sana selepas British berundur dan Zionis mengisytiharkan kemerdekaan mereka, mengakibatkan gelombang pelarian baru yang melarikan diri dari Tebing Barat dan Semenanjung Gαza, mencari perlindungan selamat di Jordan, Syriα dan Lubnan.

 

Seperti komuniti pelarian Pαlestin yang lain di Jordan, Syriα dan tempat-tempat lain, komuniti pelarian Pαlestin Lubnan telah wujud sebelum dan sejurus selepas penubuhan negara Isrαel berikutan perang Arab-Isrαel pertama pada tahun 1948.

 

Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bilangan pelarian Pαlestin yang dipindahkan dari bandar dan kampung nenek moyang di Pαlestin adalah antara 726,000 dan 810,000 orang. 

 

Penduduk Pαlestin yang menjadi pelarian di Lubnan dan negara Arab lain tidak melarikan diri secara sukarela, tetapi adalah kesan daripada gerakan penghapusan etnik, pengusiran secara paksa, pembunuhan beramai-ramai, dan ancaman dan ketakutan bahawa mereka akan dibunuh secara beramai-ramai.

 

Setakat hari ini, terdapat 12 buah kem rasmi bagi pelarian Pαlestin di seluruh Lubnan (dari selatan hingga utara). Setiap kem mempunyai sejarah dan cerita yang tersendiri. Selain daripada kem rasmi, terdapat berpuluh-puluh penempatan Pαlestin juga di seluruh Lubnan.

 

Pelarian Pαlestin di Lubnan menghadapi pelbagai isu yang memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka. Ini termasuk sekatan ke atas peluang kerja dan perjalanan, keadaan hidup yang tertekan di dalam kem pelarian yang sesak, akses terhad kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan asas lain, diskriminasi dan peminggiran yang diinstitusikan, tahap kemiskinan dan pengangguran yang tinggi, dan bantuan dan sokongan kemanusiaan yang terhad. Berdasarkan pemerhatian sepanjang misi kami ke Lubnan, isu utama yang dihadapi oleh pelarian Pαlestin di dalam kem-kem secara khusus dan Lubnan secara amnya adalah :

 

  1. Kemiskinan dan bekalan bahan makanan asasi yang kritikal
  2. Bekalan elektrik yang sangat-sangat terhad (1 jam sehari)
  3. Peluang pekerjaan yang sangat terhad (Dihalang untuk bekerja dalam 73 sektor)
  4. Sistem saliran bekalan air yang sangat daif
  5. Peluang pendidikan yang sangat terhad kepada kanak-kanak pelarian.
  6. Alatan perubatan dan ubatan tidak terjamin untuk para peralian yang sakit.
Ramadan

Menurut Prof Dr Mohsen, Pengasas Pusat Kajian Pαlestin (Zaytouna), warga pelarian di kem-kem seluruh Lubnan terpaksa menjalani kehidupan yang sangat tertekan oleh kerana polisi kerajaan Lubnan yang agak tidak mesra kepada mereka. Selain itu krisis ekonomi yang semakin memburuk selepas beberapa siri perang saudara, ketidakstabilan politik yang berpanjangan, dan letupan gudang di pelabuhan Beirut pada 2020 telah juga memberi impak yang sangat teruk kepada warga pelarian di sini.

 

Prof Dr Mohsen memberikan perbandingan, rakyat Pαlestin di Gαza tinggal di dalam penjara terbesar di dunia, tidak dinafikan bahawa ia adalah sebuah kesengsaraan dan kezaliman yang besar oleh Isrαel dan sekutunya. Tetapi mereka sedikit bertuah kerana masih boleh memerintah, bebas bekerja dan bermuamalat di seluruh Semenanjung Gαza walaupun ditekan dengan sangat dahsyat dengan sekatan ekonomi dan serangan pengeboman.

 

Namun bagi warga pelarian di luar Pαlestin yang tinggal di kem-kem pelarian di Lubnan, mereka hidup dalam kepompong kemiskinan yang sangat kritikal, dengan pergerakan dan hak pekerjaan dan pendidikan yang sangat terbatas. Kes kematian akibat kelaparan kerap berlaku kerana mereka tidak mempunyai sumber makanan asasi walaupun sebuku roti kerana tiada wang untuk membelinya.

 

Sektor yang dibenarkan untuk mereka bekerja cuma terhad dalam sektor buruh, pekerja ladang, tenaga kerja, dan seumpamanya dan ia sangat-sangat terhad malah mereka mudah dieksploitasi dan ditindas terutama berkenaan bayaran upah yang sangat rendah.

 

Perbandingan ini bukanlah untuk bertanding siapa yang lebih sengsara, tetapi untuk membuka mata bahawa isu Pαlestin tidak terhad kepada orang Pαlestin di dalam Pαlestin sahaja, malah skopnya harus dilihat dengan lebih meluas lagi demi kebaikan sejagat.

 

Kebaikan mereka berada di kem-kem di Lubnan pula, mereka hampir dengan tanah air mereka di Pαlestin. Mereka bebas menyatakan sokongan politik mereka, mereka bebas mengamal dan meragakan kebudayaan mereka. Mereka dapat bersama keluarga kecil dan keluarga besar yang memelihara mereka. Jadi mereka tidak akan mudah lupa kepada asal usul dan identiti mereka.

 

Andai kata kemerdekaan itu berlaku, mereka dapat berhijrah pulang segera. Dalam perjalanan ke arah itu, mereka sangat-sangat memerlukan sokongan dan bantuan daripada kita semua.

Ramadan

Kelebihan bersedekah dibulan Ramadan

Mukmin Sejati Itu Dermawan

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”

(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Sedekah dapat menghapus dosa

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” 

(HR. Bukhari no. 1421)

Sedekah memberi keberkahan pada harta

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”

(HR. Muslim, no. 2588)

Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”

(Qs. Al Hadid: 18)

Sedekah akan menjadi bukti keimanan seseorang

“Sedekah adalah bukti.” (HR. Muslim no.223)

An Nawawi menjelaskan: “Yaitu bukti kebenaran imannya. Oleh karena itu shadaqah dinamakan demikian karena merupakan bukti dari Shidqu Imanihi (kebenaran imannya)”

Bersama kami menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain

Ramadan
Ramadan