Dunia
Dari Pariah ke Pahlawan: MBS Kembali Dipuja Gedung Putih
Pemimpin Saudi Mohammed bin Salman (MBS), dahulu dikutuk dunia selepas pembunuhan Jamal Khashoggi, kini berjaya ‘dicuci namanya’ dalam kalangan elit politik Washington. Proses pemulihan imejnya berjalan perlahan-lahan namun strategik – dari melupakan tragedi kemanusiaan hinggalah ke pelaburan besar-besaran dalam teknologi AS.
Strategi utama MBS? Minyak dan geopolitik. Kebangkitan kuasa China dan keperluan Barat untuk mengimbangi pengaruh Rusia memberi ruang kepada Riyadh untuk memeras kuasa ekonomi mereka. MBS bijak menggunakan kad minyak dan pelaburan gergasi seperti NEOM sebagai umpan untuk melupakan rekod hak asasinya yang buruk.
Yang paling memalukan – dasar AS yang mendakwa memperjuangkan demokrasi tiba-tiba menjadi bisu bila melibatkan Arab Saudi. Biden yang pernah gelar MBS ‘pariah’ kini duduk semeja dengannya, mungkin sambil minum kopi $500 juta dari dana Saudi yang mengalir ke syarikat anaknya.
Kes pengkhianatan Palestin menjadi tunjang kejayaan MBS. Usaha normalisasi hubungan dengan Israel tanpa menyelesaikan isu pendudukan sebenarnya adalah kemenangan politik untuknya – Israel dapat jiran baru, AS dapat keuntungan geopolitik, MBS dapat imej ‘moderat’.
Sedang media Barat sibuk menayangkan senyuman mesra MBS di Oval Office, suara aktivis hak asami di Arab Saudi terus dikurung dalam penjara. Naratif ‘reformis’ yang dijual media ini langsung tidak sejajar dengan realiti penindasan berterusan terhadap pembangkang di Riyadh.