Gaza
Israel Tegar Tolak Negara Palestin, AS Terus Desak Rancangan Damai PBB
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sekali lagi menegaskan penolakan mutlak terhadap pembentukan negara Palestin yang merdeka. Beliau bertegas mengatakan Israel akan bertindak bersendirian melucutkan senjata Hamas melalui operasi ketenteraan tanpa kompromi.
Kenyataan keras ini muncul ketika Amerika Syarikat sedang berusaha mendapatkan sokongan Majlis Keselamatan PBB terhadap pelan damai Gaza yang secara implisit mengiktiraf aspirasi negara Palestin di masa depan. Pungutan suaru dijangka berlaku tidak lama lagi walaupun Israel memberi tentangan sengit.
Tindakan Netanyahu dilihat sebagai langkah politik untuk memuaskan puak ultra-kanan dalam koalisi pemerintahannya. Beliau bagaimanapun gagal membaca perubahan gelombang pendapat antarabangsa yang semakin kritikal terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin.
Pihak berkuasa Palestin menyifatkan kenyataan Netanyahu sebagai tamparan terhadap proses damai. “Penolakan terhadap hak penentuan nasib sendiri rakyat Palestin membuktikan Israel tidak serius mencari penyelesaian dua negara,” tegas Setiausaha Agung PLO Hussein al-Sheikh.
Amerika Syarikat kini berada dalam dilema besar dengan Netanyahu yang terus mencabar dasar lama Washington. Jurang antara kedua sekutu semakin melebar berikutan perbezaan pendirian tentang masa depan Palestin ini.