Gaza
Krisis Tempat Perlindungan Gaza: Ancaman Maut Yang Diabaikan Dunia?
Keadaan darurat di kem pelarian Gaza kini mencapai tahap paling kritikal dengan ratusan ribu pelarian terpaksa bertahan dalam khemah terapung akibat banjir teruk. Pejabat Media Kerajaan Gaza memberi amaran situasi ini boleh mengakibatkan lebih banyak kematian berbanding serangan bom langsung.
Ribuan keluarga terpaksa tidur dalam lopak air kotor selepas hujan lebat meranapkan khemah sementara yang diperbuat daripada plastik dan kain buruk. Kanak-kanak dan warga tua paling terkesan tanpa akses kepada selimut atau pakaian kering dalam suhu sejuk melampau.
Wabak penyakit seperti hepatitis dan kolera mula merebak akibat sistem sanitasi runtuh dimana 700 orang terpaksa berkongsi satu tandas. NGO melaporkan 95% air minum tercemar dengan najis menyebabkan risiko wabak berskala besar.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan hanya 13% bantuan asas berjaya masuk ke Gaza sejak sekatan dikenakan. Kekurangan bahan binaan menyebabkan pelarian tidak mampu memperbaiki khemah yang musnah.
Analisis menunjukkan krisis kemanusiaan ini adalah strategi perang terselindung untuk memaksa penduduk Gaza meninggalkan tanah air mereka. Pemusnahan infrastruktur air dan elektrik secara sistematik mencipta keadaan tidak layak untuk didiami manusia.