Kemanusiaan
Lebih 21,000 keluarga muslim di Uganda terima daging segar untuk sambutan perayaan Aidil Adha
Alhamdulillah. Bersyukur ke Hadrat Allah SWT, dengan ini dimaklumkan bahawa kesemua sembelihan lembu dan kambing peserta korban bersama Qurban@Asia
Secara keseluruhannya, 22,237 buah keluarga minoriti muslim, fakir miskin dan asnaf di 10 buah negara tersebut telah menerima sekurang-kurangnya 1 kg daging korban sepanjang aktiviti agihan pada 10-13 Zulhijjah 1445H ini.
Sepanjang 10-13 Zulhijjah ini, sebanyak 509 ekor lembu dan 123 ekor kambing telah dikorbankan merangkumi 10 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Kemboja, Filipina, Bangladesh, Sri Lanka, India, Nepal, Lubnan dan Uganda. Diuruskan secara langsung oleh wakil dan pelaksana Pertubuhan Muslim Al-Fateh dibawah Projek Qurban@Asia.
Terima kasih atas kepercayaan anda menjadikan Qurban@Asia dan Muslim Al Fateh sebagai wakil pelaksana korban pada tahun ini