Uncategorized

Misi Bantuan GHF Di Gaza Ditamatkan – Lebih 2,000 Nyawa Melayang Di Pusat Agihan

Published

on

Misi bantuan ‘kemanusiaan’ Global Humanitarian Foundation (GHF) yang dibiayai Amerika Syarikat secara rasmi dihentikan selepas lebih 2,000 rakyat Palestin terbunuh di dalam dan sekitar pusat agihan mereka di Gaza. Penghentian operasi ini menimbulkan persoalan besar tentang keberkesanan misi bantuan antarabangsa di tengah konflik berdarah.

Keadaan di Gaza semakin huru-hara dengan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang kritikal. Setiap hari, ratusan keluarga terpaksa mempertaruhkan nyawa sekadar untuk mendapatkannya sebungkus makanan atau bekalan perubatan asas di zon agihan yang sering menjadi sasaran serangan.

PBB menyifatkan situasi ini sebagai ‘kegagalan kemanusiaan sistematik’, manakala beberapa NGO antarabangsa menuduh GHF mengutamakan agenda politik berbanding misi menyelamat nyawa. Namun GHF bertegas bahawa keselamatan sukarelawan mereka juga tidak terjamin ditengah serangan bertubi-tubi.

Penamatan operasi GHF mendedahkan paradoks pahit – bantuan antarabangsa yang sepatutnya menyelamatkan nyawa akhirnya menjadi medan pembunuhan. Ini membuktikan bahawa mana-mana misi bantuan tanpa perlindungan sebenar kepada penduduk awam hanyalah wayang kosong.

Krisis ini secara tidak langsung mendedahkan hipokrasi masyarakat antarabangsa yang hanya menjadi penonton kepada pembunuhan beramai-ramai selama 9 bulan ini. Gaza terus dikepung dalam lingkaran kekejaman tanpa penyelesaian muktamad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Exit mobile version