Gaza
Penerbangan Misteri Bawa 153 Rakyat Gaza Ke Afrika Selatan: Siapakah Negara Ketiga Yang Terlibat?
Sebuah pesawat tanpa identifikasi telah mendarat di Afrika Selatan dengan membawa 153 warga Gaza dalam kejadian yang mengundang tanda tanya besar. Pihak berkuasa Israel mendakwa mereka telah mendapat kelulusan masuk dari negara ketiga yang tidak dinamakan sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Ramon dekat Eilat.
Penerbangan rahsia ini berlaku ketika Gaza masih dikepung ketat dengan sekatan pergerakan selama 17 tahun. Misteri timbul apabila tiada negara mahu mengaku sebagai pihak yang mengeluarkan visa atau dokumen perjalanan untuk kumpulan ini, menimbulkan persoalan tentang kesahihan dakwaan Israel.
Tindakan Tel Aviv yang tiba-tiba ‘membenarkan’ warga Gaza meninggalkan wilayah tersebut sangat tidak biasa. Selama ini, rejim Zionis kerap menyekat pergerakan rakyat Palestin dengan pelbagai alasan keselamatan yang tidak berasas. Ini membuatkan kita tertanya – adakah ini propaganda untuk mencuci imej sebelum ICC?
Afrika Selatan yang menjadi rumah sementara kepada kelompok ini mempunyai rekod jelas menyokong perjuangan rakyat Palestin. Keputusan Pretoria memberi perlindungan sementara patut dipuji, tetapi dunia perlu bertanya: Mengapa negara Barat pendokong Israel langsung tidak menawarkan bantuan serupa?
Kejadian ini mendedahkan realiti pahit dimana nasib rakyat Gaza dijadikan bahan permainan politik antarabangsa. Setiap gerak geri mereka dikawal sepenuhnya oleh kuasa pendudukan yang sering bertindak di luar batas kemanusiaan.