Politik

Penyelesaian Dua Negara: Mimpi Indah Yang Gagal Selamatkan Palestine?

Published

on

Konsep penyelesaian dua negara sering diulang seperti mantra dalam rundingan keamanan Israel-Palestin selama beberapa dekad. Ia digambarkan sebagai jalan terakhir untuk kedamaian, tetapi realiti di lapangan semakin menggambarkan senario yang mustahil.

Serangan 7 Oktober lalu menjadi bukti paling jelas betapa negara Israel yang semakin meluaskan penempatan haram di Tebing Barat telah menjadikan pelan ini seperti khayalan. Fakta menunjukkan wilayah yang sepatutnya menjadi negara Palestin kini terpisah-pisab seperti keju Swiss akibat pembinaan tembok dan penempatan haram.

Komuniti antarabangsa terus memuji penyelesaian dua negara sambil menutup mata terhadap penindasan berterusan. Saban minggu, lebih banyak keluarga Palestin dihalau dari rumah mereka untuk memberi laluan kepada penempatan haram yang berkembang seperti kulat.

Persoalan penting yang perlu diajukan: Adakah formula usang 1967 ini masih relevan ketika wilayah Palestin yang tinggal hanya 15% dari tanah asal mereka? Konsep ini mungkin sekadar alat politik untuk menenangkan suara pembangkang sambil membenarkan pendudukan berterusan.

Sejarah telah membuktikan bahawa perdamaian sejati tidak boleh dibina di atas ketidakadilan. Mungkin sudah tiba masanya untuk memikirkan semula pendekatan yang benar-benar mengangkat martabat dan hak sama rata untuk semua penduduk di tanah yang diperebutkan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Exit mobile version