Dunia
Serangan Rejim Israel Lancar Misi Pembunuhan di Kem Pelarian Ain al-Hilweh, 13 Terkorban
Helikoper tentera Israel dipercayai melepaskan dua peluru berpandu ke kawasan padat di kem pelarian Ain al-Hilweh, Lubnan petang semalam. Sasaran serangan yang terletak antara masjid dan padang bola itu mengorbankan 13 orang awam termasuk tiga kanak-kanak bawah usia 10 tahun.
Saksi mata melaporkan keadaan panik apabila serangan berlaku ketika masyarakat setempat sedang bersiap untuk solat Maghrib. “Asap tebal menyelubungi kawasan kejadian, kami terpaksa menggalI mayat yang hancur dengan tangan kosong,” luah Mohamed Ali, sukarelawan pertolongan cemas.
Lokasi serangan yang menjadi pusat aktiviti harian penduduk menimbulkan persoalan tentang kewajaran sasaran ketenteraan. Pakar undang-undang antarabangsa menyifatkan insiden ini sebagai pelanggaran konvensyen Geneva kerana menyerang zon perlindungan awam tanpa justifikasi jelas.
Reaksi antarabangsa semakin hangat dengan Turki dan Iran mengutuk serangan tersebut. Namun, liputan media Barat masih senyap sepi seakan dua sisi mata yang memilih untuk buta.
Ini merupakan serangan ketiga Israel ke atas wilayah Lubnan dalam tempoh dua bulan. Polisi ‘serangan pencegahan’ yang diamalkan Tel Aviv terus menggunakan alasan keselamatan untuk menghalalkan pembunuhan beramai-ramai.