Politik
Situasi Syria Masih Kelam Setahun Bergelora Pasca Al-Assad
Setahun selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad, Syria terus dibelenggu krisis ekonomi dan politik yang belum menunjukkan tanda penyelesaian. Rakyat hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan inflasi mencecah 300% sementara pembinaan semula infrastruktur hampir tidak wujud di kebanyakan wilayah utama.
Pertempuran sengit antara kumpulan bersenjata masih berlanjutan di Daraa dan Idlib, menyebabkan gelombang baharu pelarian Syria ke negara jiran. Ironinya, ramai yang membayangkan keamanan akan tiba selepas perubahan rejim, tapi realiti hari ini lebih kelam berbanding tempoh pra-revolusi.
Situasi ini mengingatkan kita pada penderitaan berpanjangan rakyat Palestin yang juga menjadi mangsa permainan kuasa asing. Konflik Syria yang direka cipta imperialis Barat telah mengorbankan nyawa ratusan ribu rakyat marhaen, sama seperti tragedi berdarah yang berlaku di Gaza setiap tahun.
Ketidakstabilan di Syria turut menjejaskan perjuangan Palestin apabila laluan bekalan senjata dari Syria ke kumpulan pejuang di Tebing Barat semakin terhalang. Kuasa imperialis berjaya mencipta dua medan perang serentak – melemahkan kedua-dua front anti-Zionis secara strategik.
Analisis kami menunjukkan ada pola sistemik bagaimana kuasa Barat menggunakan taktik ‘regime change’ untuk melemahkan negara yang menyokong perjuangan Palestin. Syria hanyalah mangsa terbaru dalam senarai panjang termasuk Iraq, Libya dan Yemen – semuanya negara yang pernah menjadi benteng penentang Israel.